Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Bilionair

Bilionair di negara-negara yang menggunakan sistem penamaan bilangan skala pendek ialah seseorang yang memiliki nilai bersih sekurang-kurangnya satu bilion (1.000.000.000 atau seribu juta) unit matawang tertentu, biasanya matawang utama seperti Dolar Amerika Syarikat, Euro atau Pound sterling. Selain itu, seorang senti-bilionair ialah seorang bilionair seratus bilion dolar (100.000.000.000), yang pertama kali dicapai pada 2017 oleh Jeff Bezos, pengasas Amazon, dengan nilai bersih $ 112 bilion dalam laporan yang dikeluarkan pada awal 2018.[1][2] Majalah perniagaan Amerika Syarikat, Forbes setiap tahun membuat senarai global bilionair Amerika Syarikat dan versi Internet yang diperbaharui secara waktu sebenar.[3] Tokoh perniagaan Amerika Syarikat John D. Rockefeller menjadi bilionair pertama (dalam matawang $) yang disahkan di dunia pada 1916 dan masih memegang gelaran orang terkaya kedua dalam sejarah.[4]

Setakat 2018, terdapat lebih dari 2.200 bilionair (dalam mata wang $) di seluruh dunia, dengan hasil kekayaan lebih dari $ 9,1 trilion,[5] meningkat dari sebelumnya $7,67 trilion pada 2017.[6][7] Menurut laporan Oxfam 2017, lapan bilionair terkaya memiliki kekayaan gabungan sebanyak setengah dari kekayaan seluruh manusia di dunia.[8][9]

  1. ^ Communications, Forbes Corporate. "Forbes' 32nd Annual World's Billionaires Issue". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-07.
  2. ^ "Jeff Bezos Is Worth $112 Billion, Overtaking Bill Gates as the Richest Man in the World". Maxim (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-07.
  3. ^ Miller, Matthew; Kroll, Luisa (10 March 2010). "Bill Gates No Longer World's Richest Man". Forbes. Dicapai pada 7 June 2010.
  4. ^ O'Donnell, Carl (11 July 2014). "The Rockefellers: The Legacy Of History's Richest Man". Forbes. Dicapai pada 7 January 2014.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama guardian
  6. ^ Kroll, Luisa (March 6, 2018). "Forbes Billionaires 2018: Meet The Richest People On The Planet". Forbes. Dicapai pada March 6, 2018.
  7. ^ Kroll, Luisa; Dolan, Kerry A. "Forbes 2017 billionaires list: Meet the richest people on the planet". Forbes. Dicapai pada 12 March 2018.
  8. ^ Ratcliff, Anna (16 January 2017). "Just 8 men own same wealth as half the world". Oxfam. Dicapai pada 16 January 2017.
  9. ^ Mullany, Gerry (16 January 2017). "World's 8 Richest Have as Much Wealth as Bottom Half of Global Population". The New York Times. Dicapai pada 17 January 2017.

Previous Page Next Page






ملياردير Arabic ملايري ARY শতকোটিপতি Bengali/Bangla Biliwnydd CY Milliardær Danish Milliardär German Billionaire English Bilionulo EO Milmillonario Spanish Miljardär ET

Responsive image

Responsive image