Beau Biden | |
---|---|
Ketua Peguam Negeri Delaware ke-44 | |
Dalam jawatan 2 Januari 2007 – 6 Januari 2015 | |
Gabenor | Ruth Ann Minner Jack Markell |
Didahului oleh | Carl Danberg |
Digantikan oleh | Matthew Denn |
Butiran peribadi | |
Lahir | Joseph Robinette Biden III 3 Februari 1969 Wilmington, Delaware, A.S. |
Meninggal dunia | 30 Mei 2015 Bethesda, Maryland, U.S. | (umur 46)
Sebab kematian | Kanser otak |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Hallie Olivere (k. 2002) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Joe Biden (bapa) Neilia Hunter Biden (ibu) |
Saudara | Hunter Biden (adik) |
Pendidikan | Universiti Pennsylvania Universiti Syracuse |
Laman web rasmi | Laman web rasmi |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Amerika Syarikat
|
Tahun perkhidmatan | 2002–2015 |
Pangkat | Mejar |
Unit | Briged Signal ke-261 |
Pertempuran | Perang Iraq |
Anugerah | Legion of Merit Bronze Star Medal |
Joseph Robinette "Beau" Biden III (3 Februari 1969 – 30 Mei 2015) ialah seorang ahli politik, peguam Amerika Syarikat dan pegawai Kor Pendakwa Jeneral Tentera Darat dari Wilmington, Delaware. Beliau berkhidmat sebagai Peguam Negeri Delaware dan seorang Mejar dalam Pengawal Kebangsaan Tentera Delaware. Beliau merupakan anak sulung dari tiga anak hasil perkahwinan presiden Joe Biden dan isteri pertamanya, Neilia Hunter Biden.
Pada 18 Disember 1972, ibu Beau, Neila dan adiknya Naomi yang berusia 13 bulan maut dalam satu kemalangan ketika membeli-belah untuk sambutan Krismas. Beau pada ketika itu berumur empat tahun dan adiknya Hunter berumur tiga tahun. Kedua-duanya berada di dalam kenderaan ibu mereka ketika kemalangan itu berlaku tetapi terselamat walaupun mengalami kecederaan kritikal. Beau patah tulang manakala Hunter mengalami kecederaan pada tengkoraknya. Mereka menghabiskan beberapa bulan di hospital di mana bapa mereka dilantik sebagai Senator A.S. pada Januari 1973.[1][2][3]
Menurut beberapa sumber, Beau dan Hunter mendorong bapa mereka untuk berkahwin lagi sehinggakan bertanya "bila 'kami' akan berkahwin."[4] Pada bulan Jun 1977, Beau yang berusia lapan tahun menerima Jill Jacobs sebagai "ibu kedua." Adik tirinya, Ashley dilahirkan pada tahun 1981.[5]
Beau berkahwin dengan Hallie Olivere pada tahun 2002. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan anak lelaki—Natalie Naomi Biden dan Robert Hunter Biden II—masing-masing lahir pada tahun 2004 dan 2006.[6][7]
Untuk beberapa tahun terakhir riwayat Beau, beliau menderita tumor otak.[8][9] Pada bulan Mei 2010, beliah dimasukkan ke Hospital Christiana di Newark, Delaware setelah mengadu sakit kepala, kekebasan dan lumpuh. Beliau dikatakan menderita "angin ahmar ringan."[9][10] Pada bulan itu juga, Beau dipindahkan ke Hospital Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia dan diletakkan di bawah pemerhatian untuk beberapa hari.[10]
Pada bulan Ogos 2013, Biden dimasukkan ke Pusat Kanser Universiti Texas MD Anderson di Houston dan didiagnosis menghidap kanser otak setelah mengalami apa yang dipanggil oleh pegawai Rumah Putih sebagai "episod disorientasi dan kelemahan."[11] Beau menjalani rawatan radiasi dan kemoterapi serta kansernya tetap stabil. Pada 20 Mei 2015, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Bethesda, Maryland kerana pengulangan kanser otak. Beliau meninggal dunia di sana 10 hari kemudian, pada 30 Mei 2015, pada usia 46 tahun.[12] Pengebumiannya diadakan di Gereja Roman Katolik St. Anthony of Padua Roman Church Church di Wilmington, Delaware pada 6 Jun 2015.[13] Beliau dikebumikan di St. Joseph's on the Brandywine di Greenville, Delaware.[8]
Pengebumian Beau dihadiri oleh Presiden Barack Obama dan isteri Michelle Obama serta anak perempuan mereka Malia dan Sasha termasuk bekas presiden Bill Clinton dan isteri Hillary Clinton. Ketua Turus Tentera A.S., Jeneral Ray Odierno dan Ketua Majoriti Senat, Mitch McConnell turut hadir. Pada pengebumian itu, Beau dianugerahkan anugerah Legion of Merit oleh Jeneral Odierno atas jasanya dalam Perang Iraq. Presiden Obama menggambarkan Beau sebagai orang yang "asli. Beliau ialah orang yang baik. Beliau melakukannya dalam 46 tahun yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan kita dalam 146." Pada misa pengebumiannya, persembahan solo lagu "Til Kingdom Come" dipersembahkan oleh Chris Martin, penyanyi utama kumpulan Coldplay. Beau pernah menjadi peminat mereka.[14]