Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Batang Kali


Koordinat: 3°27′36″N 101°39′18″E / 3.4601368°N 101.6550138°E / 3.4601368; 101.6550138

Batang Kali
باتڠ كالي
Bandar Kediaman dan Perniagaan
Bandar Belia
Batang Kali yang terletak di Semenanjung Malaysia
Batang Kali
Batang Kali
Lokasi Batang Kali di Semenanjung Malaysia
Batang Kali yang terletak di Malaysia
Batang Kali
Batang Kali
Lokasi Batang Kali di Malaysia
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E / 3.467; 101.633
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahHulu Selangor
MukimUlu Yam, Batang Kali, Bandar Batang Kali, Bandar Rasa
Pentadbiran
 • Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Hulu Selangor
 • Kepadatan314.23/km2 (813.9/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)Tidak dipakai
Poskod
44200, 44300 dan 48200

Batang Kali merupakan sebuah mukim yang juga merupakan bandar di Hulu Selangor. Batang Kali diklasifikasikan sebagai bandar utama kategori satu di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Batang Kali juga dikira sebagai tempat persinggahan untuk ke Genting Highlands, First World Hotel & Plaza. Bandar ini pernah menjadi tempat laluan dalam perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi pada tahun 2020. Batang Kali terletak di dalam mukim Batang Kali.

Pusat pertumbuhan utama di kawasan Batang Kali tertumpu di mukim Batang Kali yang dinamakan sebagai Bandar Utama Batang Kali. Mukim Batang Kali juga turut merangkumi sebahagian kawasan Genting Highlands seluas 1133.12 hektar di Gunung Ulu Kali. Berikut merupakan antara pertumbuhan di mukim Batang Kali:

  • Pusat perniagaan dan kawasan perumahan Ligamas (Seksyen 3)
  • Pusat perniagaan Usel Maju dan kawasan perumahan Tamu Hill Park (Seksyen 4)
  • Pusat Perdagangan Ara (Seksyen 5)

Pembangunan di kawasan Batang Kali menjadi semakin meriah setelah pengisytiharan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 21 Oktober 2021 yang lalu. Kawasan Batang Kali membangun dengan pesatnya disebabkan kemudahan awam yang tinggi seiring dengan kawasan elit di pusat bandar. Walaupun kawasan ini berada pada kedudukan Utara Selangor yang agak jauh dari Kuala Lumpur, Batang Kali tetap disambut meriah oleh warga Malaysia dari pelbagai arah. Akibat daripada keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan Batang Kali dan sekitarnya membuatkan ramai orang tertarik untuk menetap di sini. Tidak lupa juga, Batang Kali turut hadir dengan kawasan ekopelancongan yang indah dan mendamaikan seperti Rumah Hutan Bonda Rozita, Huda's Heaven Resort, Teratak Tok Alang dan sebagainya.


Previous Page Next Page






باتانج كالي Arabic Batang Kali English باتانگ کالی FA Batang Kali Portuguese பத்தாங்காலி Tamil 峇冬加里 Chinese

Responsive image

Responsive image