Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Bahasa Melayu Selangor

Bahasa Melayu Selangor
بهاس ملايو سلاڠور
Bahase Selangow/Bahasa Selango
Asli kepada Malaysia
Kawasan Selangor, Kuala Lumpur,  Putrajaya dan  Perak (sebagai subdialek Perak Selatan)
EtnikOrang Melayu Selangor
Penutur bahasa
3,700,000
Dialek/loghat
  • Selangor Barat
  • Kuala Lumpur
Kod bahasa
ISO 639-3

Bahasa Melayu Selangor (Tulisan Jawi: بهاس ملايو سلاڠور) atau bahase Selangow ialah salah satu bahasa Melayu setempat dituturkan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terdapat 2 subdialek Selangor iaitu subdialek Selangor Barat dan subdialek Kuala Lumpur. Bahasa Melayu Selangor dengan Bahasa Melayu Johor-Riau tidak banyak berbeza. Hal adalah kerana, kedua-duanya tidak banyak menerima pengaruh daripada negara luar.


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image