Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Antara rangkaian

Antara rangkaian (bahasa Inggerisnya internetworking) ialah amalan menyambungkan sesebuah rangkaian komputer dengan rangkaian-rangkaian lain menerusi penggunaan get-get laluan yang menyediakan kaedah serupa bagi paket-paket maklumat penghalaan antara rangkaian-rangkaian yang bersambung. Sistem rangkaian saling bersambung yang terhasil disebut internetwork, atau hanya internet.

Contoh antara rangkaian yang paling terkemuka ialah Internet, sebuah rangkaian bagi rangkaian-rangkaian yang teknologi perkakasannya mungkin berbeza-beza, tetapi disatukan oleh sebuah piawai protokol antara rangkaian, Suit Protokol Internet, selalunya disebut TCP/IP.


Previous Page Next Page