Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Angkatan Perpaduan Ummah

Logo Angkatan Perpaduan Ummah

Angkatan Perpaduan Ummah (Singkatan: APU) atau Angkatan Ummah merupakan satu perikatan politik di Malaysia yang bergiat dari tahun 1990 hingga tahun 1996 tetapi tidak berdaftar, oleh itu parti-parti komponennya bertanding di bawah nama masing-masing. Angkatan Ummah terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Kesemua parti ini terdiri daripada ahli-ahliyang merupakan Ummah (Umat) Islam, iaitu beragama Islam.

Perikatan ini pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990, mereka bekerjasama dengan Gagasan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Semangat 46 juga menyertai Gagasan Rakyat pada masa yang sama.

Angkatan Perpaduan Ummah ini dibubarkan pada tahun 1996 selepas pemimpin Semangat 46 membuat keputusan parti itu dibubarkan. Sebahagian ahlinya menyertai UMNO sementara sebahagian lagi menyertai PAS.


Previous Page Next Page






Angkatan Perpaduan Ummah German Angkatan Perpaduan Ummah English Angkatan Perpaduan Ummah Spanish Angkatan Perpaduan Ummah ID 穆斯林团结阵线 Chinese

Responsive image

Responsive image