Alfred Jodl | |
---|---|
Ketua Staf Operasi Markas Besar Wehrmacht | |
Dalam jawatan 1 September 1939 – 8 Mei 1945 | |
Timbalan | Walter Warlimont |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Ketua Markas Besar Wehrmacht | |
Dalam jawatan 13 Mei 1945 – 23 Mei 1945 | |
Didahului oleh | Wilhelm Keitel |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Alfred Josef Ferdinand Jodl 10 Mei 1890 Würzburg, Bavaria, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 16 Oktober 1946 Nuremberg, Bavaria, Jerman Taklukan Bersekutu | (umur 56)
Sebab kematian | Hukuman mati |
Pasangan | Irma Gräfin von Bullion (k. 1913; m. 1944)[1] Luise von Benda (k. 1944)[2] |
Hubungan | Ferdinand Jodl (adik) |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan/cawangan | Heer |
Tahun perkhidmatan | 1910–45 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Artileri |
Perkhidmatan | OKW |
Pertempuran | Perang Dunia I
Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak Lencana Emas Parti Lencana Cedera |
Alfred Josef Ferdinand Jodl (10 Mei 1890 – 16 Oktober 1946) ialah seorang Jeneral Jerman dan merupakan Ketua Staf Operasi Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht, atau OKW) semasa Perang Dunia II merangkap penasihat utama ketenteraan (strategi dan operasi) kepada Adolf Hitler. Beliau juga adalah timbalan kepada Wilhelm Keitel, dan selaku wakil kepada presiden Jerman Karl Donitz, beliau menandatangani penyerahan kalah tanpa syarat Jerman. Di Nuremberg beliau dibicarakan, dijatuhi hukuman mati dan digantung kerana jenayah perang. Jodl telah dilepaskan oleh mahkamah denazifikasi Jerman pada tahun 1953. Selepas tekanan daripada tentera AS, pelepasan tuduhan itu kemudiannya dibatalkan oleh seorang ahli politik Bavaria, walaupun pembatalan itu tidak mempunyai kesan undang-undang.