Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Al-Tasrif

Gambar alat pembedahan dan perubatan Islam Zaman Pertengahan daripada Kitab al-Tasrif karya ahli perubatan Islam dalam abad ke-11, Abu al-Qasim al-Zahrawi.

Kitab Al-Tasrif (Arab: كتاب التصريف, rumi: Kitāb al-Taṣrīf) atau nama penuhnya Kitāb al-Taṣrīf li man `Ajuza 'an al-Ta'līf (Arab: التصريف لمن عجز عن التاليف "Kitab bagi mereka yang tidak berdaya mengguna Himpunan"[1]) ialah sebuah ensiklopedia perubatan berbahasa Arab yang berpengaruh terhadap perubatan dan pembedahan, dikarang lebih kurang dalam tahun 1000 M oleh al-Zahrawi (Abulcasis), "bapa pembedahan moden". Karya 30 bab memuatkan penjelasan anatomi, klasifikasi penyakit, maklumat berkaitan gizi dan pembedahan, dan dibahagikan ke dalam bidang perubatan, ortopedik, oftalmologi, farmakologi, pemakanan berkhasiat, dan terutamnya pembedahan.[2]

Dalam Dunia Barat, kitab diberi tajuk bahasa Latin Concessio ei data qui componere haud valet. Untuk sekurang-kurangnya enam abad, ia kekal menjadi panduan amalan perubatan bagi para doktor dan ahli bedah Dunia Islam dan sepanjang Zaman Pertengahan Eropah.

  1. ^ al-Zahrāwī, Abū al-Qāsim Khalaf ibn ʻAbbās; Studies, Gustave E. von Grunebaum Center for Near Eastern (1973). Albucasis on surgery and instruments. University of California Press. ISBN 978-0-520-01532-6. Dicapai pada 28 Julai 2012.
  2. ^ Dr. Monzur Ahmed, El Zahrawi (Albucasis) - father of surgery, Muslim Technologist, August 1990.

Previous Page Next Page